Site icon TechNave BM

Rakyat Malaysia perlu waspada dengan “scam” COD sewaktu beli barang dalam internet

Syarikat perkhidmatan kurier Ninja Van melaporkan bahawa penipuan atau scam menggunakan kaedah cash-on-delivery (COD) semakin meningkat dalam Malaysia pada waktu ini, terutamanya dengan musim beli-belah yang berlaku pada 11 November (11.11) dan 12 Disember (12.12).

Dalam kaedah ini, scammer bertindak dengan menyamar sebagai penjual yang sah, kemudian mengaturkan penghantaran barang secara COD melalui syarikat kurier pihak ketiga (3PL) seperti Ninja Van. Taktik ini menyebabkan para pelanggan menerima pakej yang tidak pernah dipesan, atau menerima barangan dengan nilai yang lebih rendah daripada barang sebenar yang dipesan.

Ramai pelanggan terpedaya dengan scam ini kerana mereka terpengaruh dengan iklan-iklan yang menjanjikan diskaun tinggi untuk pelbagai produk. Bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa scam, Ninja Van menasihatkan orang ramai supaya mengesahkan identiti penjual dan sentiasa peka terhadap sebarang tawaran diskaun yang tidak munasabah.

Dalam suku ketiga 2024, Lembah Klang mencatatkan kes penghantaran pakej palsu berjumlah lebih 3,000 kes, lebih tinggi sebanyak 49.22% berbanding suku ketiga 2023. Dalam perbandingan tempoh yang sama, wilayah utara dan selatan Semenanjung Malaysia menyaksikan peningkatan kes sebanyak 150% manakala di Sabah dan Sarawak pula meningkat sebanyak 160%.

Selain itu, para pelanggan diingatkan supaya tidak terpedaya dengan sebarang pihak yang menyamar sebagai wakil daripada Ninja Van Malaysia dalam aplikasi permesejan seperti WhatsApp.

Berikut adalah beberapa langkah ringkas yang perlu diambil untuk mengelakkan diri menjadi mangsa scam:

Kami berharap para pembaca akan kekal berwaspada terhadap pelbagai risiko scam sewaktu membeli-belah dalam internet. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version