Site icon TechNave BM

Ramai pengguna Waze di Malaysia terkejut, tiba-tiba papar bahasa Yahudi

Sejumlah pengguna aplikasi pengemudian GPS Waze di Malaysia terkejut apabila ia tiba-tiba memaparkan teks pada antara mukanya (UI) dalam pelbagai bahasa, termasuklah bahasa Arab, Rusia, Sepanyol dan Ibrani (Hebrew).

Beberapa pengguna telah berkongsi masalah tersebut dalam media sosial.

Perkara ini bukan sahaja dialami oleh para pengguna di Malaysia, ia turut dialami oleh pengguna di negara-negara lain seperti Indonesia, Perancis, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Waze masih belum memberi kenyataan rasmi mengenai masalah ini, namun mereka menjelaskan bahawa mereka tidak digodam dan sekarang sedang berusaha keras untuk memperbaikinya.

Beritahu kami di Facebook jika anda mengalami masalah ini dalam aplikasi Waze dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version