fbpx
More

    Ramai rakyat Malaysia mendaftar di aplikasi ‘dating sugar daddy’, SugarBook berikutan PKP

    Jika anda masih tidak tahu apa SugarBook, aplikasi ini pernah hangat di Malaysia dengan isu papan iklannya tahun lepas. Walaupun dengan anggapan negatif netizen terhadap aplikasinya, ironisnya aplikasi ini mencatat Malaysia sebagai salah satu daripada lima negara utama yang mencetuskan peningkatan trafik SugarBook.

    Menurut data mereka, Malaysia mendahului dengan lonjakan 40%, diikuti oleh Singapura (28%), Amerika Syarikat (8%) dan UK (4%). Anda pasti tertanya-tanya apakah yang menyebabkan peningkatan trafik di SugarBook memandangkan rakyat Malaysia masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (tidak boleh buat temujanji).

    Aktiviti yang menyebabkan lonjakan trafik SugarBook adalah pendaftaran ahli baharu dan pertukaran mesej. Kami faham anda mungkin dilanda kebosanan atau kesunyian di rumah, terutama untuk yang masih tidak berkeluarga. Seperti PornHub, SugarBook turut menawarkan akses Premium Membership Upgrades percuma kepada Itali, China dan Hong Kong.

    Apa pun, kami menyarankan anda untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah di rumah dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan. Untuk berita teknologi dan aplikasi terkini, teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. Jangan lupa untuk luahkan komen anda di laman Facebook kami.

     

    Artikel Terkini

    X bakal kenakan ‘yuran kecil’ kepada pengguna baru untuk siarkan kandungan

    Platform media sosial X, sebelum ini dikenali sebagai Twitter, akan memperkenalkan yuran kecil untuk pengguna baharu, meliputi aktiviti seperti menyiarkan kandungan, menyukai,...

    Penerangan lanjut oleh Apple mengenai penghapusan emulator iGBA Game Boy

    Apple dengan pantas mengalih keluar emulator iGBA Game Boy daripada App Store iPhone kerana pelanggaran garis panduan semakan aplikasinya berkenaan isu spam...

    HUAWEI siri-P kini dijenamakan semula kepada ‘Pura’ selepas 12 tahun

    Awal hari ini dalam satu langkah yang mengejutkan, Richard Yu, Ketua Pegawai Eksekutif BG Pengguna di HUAWEI Technologies mengumumkan bahawa syarikat itu...

    Ujian kelajuan 5G: Samsung Galaxy S24 mendahului Apple iPhone 15

    Agensi ujian rangkaian yang terkenal, Ookla telah mengeluarkan laporan prestasi telefon pintar 5G terkini yang mengandungi data untuk siri Samsung Galaxy S24....

    Koleksi Puma X Playstation keluaran April 2024 kini tiba di Malaysia

    Memulakan usaha baharu yang menarik bersama, PUMA dan Sony Interactive Entertainment memperkenalkan koleksi PUMA x PLAYSTATION yang direka untuk membawa gaya fesyen...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X