Site icon TechNave BM

Ramai rakyat Malaysia mendaftar di aplikasi ‘dating sugar daddy’, SugarBook berikutan PKP

Jika anda masih tidak tahu apa SugarBook, aplikasi ini pernah hangat di Malaysia dengan isu papan iklannya tahun lepas. Walaupun dengan anggapan negatif netizen terhadap aplikasinya, ironisnya aplikasi ini mencatat Malaysia sebagai salah satu daripada lima negara utama yang mencetuskan peningkatan trafik SugarBook.

Menurut data mereka, Malaysia mendahului dengan lonjakan 40%, diikuti oleh Singapura (28%), Amerika Syarikat (8%) dan UK (4%). Anda pasti tertanya-tanya apakah yang menyebabkan peningkatan trafik di SugarBook memandangkan rakyat Malaysia masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (tidak boleh buat temujanji).

Aktiviti yang menyebabkan lonjakan trafik SugarBook adalah pendaftaran ahli baharu dan pertukaran mesej. Kami faham anda mungkin dilanda kebosanan atau kesunyian di rumah, terutama untuk yang masih tidak berkeluarga. Seperti PornHub, SugarBook turut menawarkan akses Premium Membership Upgrades percuma kepada Itali, China dan Hong Kong.

Apa pun, kami menyarankan anda untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah di rumah dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan. Untuk berita teknologi dan aplikasi terkini, teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. Jangan lupa untuk luahkan komen anda di laman Facebook kami.

Exit mobile version