Site icon TechNave BM

Ramalan harga lebih terperinci siri iPhone 12 telah bocor, serendah ~RM2,699

Hari ini, sumber dari media sosial Twitter telah memuat naik sebuah gambar yang mengandungi butiran terperinci mengenai harga dan keberadaan siri iPhone 12 ini.

Sama seperti sumber-sumber sebelum ini, gambar tersebut juga menunjukkan 4 model iPhone 12 iaitu 5.4 inci OLED iPhone 12 mini, 6.1 inci OLED iPhone 12, 6.1 inci OLED iPhone 12 Pro dan 6.7 inci OLED iPhone 12 Pro Max.

Gambar itu juga menunjukkan harga terperinci untuk varian storan yang berbeza untuk setiap model iPhone 12. Berikut adalah ramalan harga terperinci siri iPhone 12 ini:

Berdasarkan gambar ini juga, iPhone 12 mini dan iPhone 12 dijangka akan memasuki pasaran pada bulan Oktober manakala iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max pada bulan November ini.

Perlu kami ingatkan bahawa harga yang ditunjukkan di atas hanyalah ramalan semata-mata.

Nantikan berita lanjut mengenai siri iPhone 12 di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : theapplehub

Exit mobile version