Site icon TechNave BM

Rancangan Apple TV+ terpilih secara percuma bermula 11 April

Berita ini muncul tepat pada masanya. Sementara Perintah Kawalan Pergerakan telah dilanjutkan tempohnya sehingga 28 April 2020, anda mungkin mempunyai banyak masa terluang untuk diisi. Terkini, Apple menawarkan beberapa rancangan Apple TV+ percuma bermula 11 April ini.

Sumber melaporkan Little America, For All Mankind, Snoopy in Space dan beberapa rancangan lagi termasuk dalam penawaran siaran percuma tersebut. Oleh kerana hanya tontonan percuma hanya pada rancangan terpilih sahaja, mungkin ada rancangan kegemaran anda yang tidak dapat ditonton secara percuma seperti The Morning Show.

Untuk menonton, anda memerlukan Apple ID untuk log masuk melalui peranti yang terpilih atau melalui laman web di paparan anda. Untuk menonton kandungan premium, anda boleh mendaftar percubaan percuma selama 7 hari.

Beritahu kami di laman Facebook jika anda telah melihat rancangan dalam Apple TV+ dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 9to5Mac

Exit mobile version