Site icon TechNave BM

Rangka iPhone 12 Pro tertiris, sah hadir dengan pengesan LiDAR

Apple bakal melancarkan siri telefon terbaru mereka yang ditunggu ramai tidak lama lagi dan kini, sebuah video telah muncul di media sosial yang memaparkan rangka telefon 6.1 inci iPhone 12 Pro.

Berdasarkan video ini, model 6.1 inci iPhone 12 Pro ini bakal hadir dengan tiga kamera pada bahagian belakang serta pengesan LiDAR. Ini adalah berita baik untuk pengguna yang ingin membeli model ini kerana sebelum ini Apple dikatakan hanya akan meletakkan pengesan LiDAR ini untuk model 6.7 inci iPhone 12 Pro Max.

Apple telah memperkenalkan pengesan LiDAR ini pada iPad Pro 2020 yang dapat menambahbaik keupayaan augmented reality. Di dalam iPhone, ciri ini berguna untuk menambahkan lagi keupayaan kameranya.

Apple dijangka akan melancarkan siri iPhone 12 pada bulan Oktober ini dan mereka dijangkakan akan melancarkan 4 model iPhone iaitu model 6.7 inci iPhone 12 Pro Max, 6.1 inci iPhone 12 Pro, 6.1 inci iPhone 12 dan 5.4 inci iPhone 12.

Komen pendapat anda mengenai hal ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MacRumors

Exit mobile version