Site icon TechNave BM

Rangkaian 5G kini tersedia di Malaysia

Hari ini, Digital Nasional Berhad (DNB) merasmikan liputan 5G secara komersial di Putrajaya, Cyberjaya dan beberapa tempat di Kuala Lumpur. Telekom Malaysia Berhad (TM), unifi Mobile dan YTL Communications Sdn Bhd mewakili YES merupakan pengendali mudah alih pertama yang menyediakan akses 5G.

TM dan YTL merupakan syarikat pertama yang mengambil tawaran DNB bagi perkhidmatan borong 5G percuma memberikan pengguna di kawasan yang disebutkan di atas akhirnya mendapaat kelajuan purata sekurang-kurangnya 100Mbps. Semasa acara perasmian itu, pemborong diingatkan untuk menawarkan harga perkhidmatan lebih rendah kerana kos perkhidmatan borong 5G dikatakan lebih rendah berbanding perkhidmatan 4G. 

Putrajaya dan Cyberjaya
Kuala Lumpur

Walaupun DNB merupakan antara pembekal perkhidmatan borong 5G, DNB lebih fokus dalam melengkapkan usaha MNO untuk mempercepatkan penggunaan 5G di negara ini. Pengguna harus menghubungi penyedia perkhidmatan masing-masing mengenai ketersediaan rangkaian 5G.

DNB bermatlamat untuk meliputi rangkaian 5G kepada 80% penduduk menjelang 2024. Anda boleh menyemak pelan prabayar dan pascabayar di sini. Komen Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version