Site icon TechNave BM

Rapid Bus satukan 3 aplikasi tempahan dalam satu platform ‘Rapid On-Demand’

Rapid Bus Sdn Bhd mengumumkan langkah baharu untuk memudahkan pengguna dengan menyatukan tiga aplikasi tempahan sedia ada iaitu Mobi, Trek Rides dan Kummute ke dalam satu platform utama yang dinamakan Rapid On-Demand.

Langkah penyatuan ini bertujuan memberikan pengalaman penggunaan yang lebih mudah dan lancar kepada pengguna yang sebelum ini perlu menggunakan aplikasi berbeza untuk membuat tempahan perkhidmatan van Rapid Bus.

Dalam masa sama, Rapid Bus turut mengesahkan pelan pengembangan zon perkhidmatan yang akan melibatkan 50 van dan stesen tambahan di beberapa kawasan baharu. Antara zon yang terlibat ialah:

Aplikasi Rapid On-Demand akan boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan Apple App Store bermula 1 November 2025. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Bernama

Exit mobile version