Site icon TechNave BM

Rapid KL lanjut operasi rel dan bas terpilih sempena sambutan tahun baru 2024

Rapid KL akan melanjutkan waktu operasi rel dan bas terpilih sempena sambutan tahun baru 2024. Lanjutan waktu operasi ini mencakup stesen-stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT tertentu termasuk laluan seperti Kelana Jaya, Ampang/Sri Petaling, Monorel, Kajang, MRT Laluan Putrajaya, dan BRT Laluan Sunway.

Operasi akan berlanjutan sehingga jam 1.30 pagi serta penumpang digalakkan menggunakan kad Touch ‘n Go untuk kelancaran perjalanan dan diingatkan untuk membeli token sebelum keluar dari stesen. Rapid KL akan menambah anggota dan kakitangan operasi dan tren untuk semua perkhidmatan LRT, MRT dan Monorel mulai jam 1.00 petang pada hari tersebut.

Warga ibu kota disarankan menggunakan pengangkutan awam pada hari itu untuk mengelakkan kesesakan lalulintas terutama berdekatan acara tahun baru. Maklumat lanjut boleh diikuti di Twitter dan Facebook MyRapidKL atau laman web rasmi Rapid.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Facebook RapidKL

Exit mobile version