Berdasarkan sebuah ciapan dari pengguna Twitter @orangesalji83, sepertinya pengimbas kad MyDebit dilihat sedang diuji beroperasi di Rapid KL Wangsa Maju. Perkara ini menjurus kepada tanggapan bahawa pengguna mungkin dibenarkan membayar secara terus melalui MyDebit di masa hadapan.
Tidak terhenti di situ, terdapat juga kemungkinan bahawa pengguna mungkin boleh membayar tambang melalui telefon pintar mereka, tetapi maklumat ini masih belum disahkan. Rapid KL menyatakan bahawa mereka akan membuat pengumuman rasmi jika pengguna sudah boleh membuat bayaran menggunakan kad MyDebit.
Sementara menunggu pengumuman rasmi dari Rapid KL, beritahu kami pendapat anda mengenai perkara ini di laman Facebook. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: @orangesalji83 melalui Lowyat

