Site icon TechNave BM

Rapid KL umum lanjutan waktu operasi kepada 1:30 pagi pada Malam Tahun Baru

Tahun ini akan berakhir dan beberapa lagi kita akan menyambut tahun baru. Mesti dalam kalangan anda sudah merancang aktiviti pada Malam Tahun Baru. Respon kepada acara yang bakal berlaku, Rapid KL mengumumkan bahawa mereka akan melanjutkan waktu operasi beberapa LRT/BRT dan bas pada 31 Disember 2023.

Ia adalah supaya apabila menyambut Malam Tahun Baru, anda tidak perlu risau tentang tiada pengangkutan awam pulang dan anda juga dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas. Butiran adalah seperti berikut:

Pengangkutan awam akan beroperasi sehingga 1.30 pagi. Rapid KL mengesyorkan penumpang menggunakan kad Touch n Go apabila masuk dan keluar stesen atau menaiki bas untuk menikmati perjalanan yang lebih lancar dan mengelakkan kesesakan.

Bagi pengguna token, penumpang dinasihatkan untuk membeli token pergi dan balik sebelum keluar dari stesen. Rapid KL akan menambah bilangan ahli dan kakitangan operasi untuk menyokong keperluan operasi dan membantu anda mengemudi perjalanan anda dengan lancar.

Bagi kemudahan pengguna, semua perkhidmatan LRT, MRT dan Monorel akan dinaikkan bermula jam 1 petang pada hari yang sama sehingga tamat waktu operasi. Rapid KL menasihatkan penduduk ibu kota supaya menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam pada hari tersebut bagi mengelak daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Untuk butiran lanjut, anda boleh menyemak Facebook Rapid KL. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version