Site icon TechNave BM

Rasmi: OPPO Find X2 sah dilancarkan pada 6 Mac ini secara dalam talian

Penantian flagship terkini OPPO Find X2 kini berakhir setelah OPPO mengumumkan bahawa pelancarannya akan dilangsungkan pada 6 Mac ini, jam 5.30pm. Usah khuatir kerana anda dapat menyaksikan secara dalam talian di saluran YouTube OPPO.

Terdahulu, kami telah menemui beberapa khabar angin spesifikasi OPPO. Sepintas lalu, OPPO Find X2 dilaporkan bakal dihuni cipset Snapdragon 865, dilengkapi skrin AMOLED 6.5 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan dikuasai bateri berkapasiti 4065mAh.

Berkenaan kamera pula, OPPO Find X2 mungkin dilengkapi tiga kamera dengan sensor utama 48MP. Sebenarnya, berita ini sekaligus mengesahkan kesahihan gambar yang dibocorkan oleh Playfuldroid.

Adakah anda sedang menanti peranti flagship ini? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar terkini.

Exit mobile version