[Kemas kini, 8 Mei 2020] Xiaomi mengumumkan bahawa pelancaran siri Redmi Note 9 akan disertai pelancaran Xiaomi Mi Note 10 Lite pada siaran dan waktu yang sama.
Terkini, Xiaomi Malaysia telah memuat naik perkongsian melalui laman Twitter dan Facebooknya. Perkongsian ini membawa sebuah khabar yang dinanti-nantikan oleh peminat teknologi di Malaysia. Siri Redmi Note 9 akhirnya akan dilancarkan di pasaran Malaysia pada 11 Mei ini, jam 2 petang melalui sebuah acara dalam talian.
Sepintas lalu, siri Redmi Note 9 ini bakal dibarisi Redmi Note 9 dan Redmi Note 9 Pro. Terdahulu, ia telah dilancarkan secara global melalui sebuah acara dalam talian. Siri Redmi Note 9 hadir dengan beberapa spesifikasi menonjol seperti cipset berprestasi Qualcomm Snapdragon 720G dan kamera quad 64MP seperti berciri flagship.
Untuk menyaksikan pelancaran ini, anda boleh kunjungi laman Facebook Xiaomi Malaysia. Memandangkan spesifikasinya sudah diketahui umum, warganet mungkin tidak sabar untuk mengetahui harga rasminya. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk harga rasmi siri Redmi Note 9 melalui liputan berita pelancaran telefon pintar ini.

