Site icon TechNave BM

Rasmi: Telefon pintar dan ‘controller’ mudah alih Razer kini boleh digunakan bersama Google Stadia

Terdahulu, kami telah memaklumkan mengenai Google Stadia yang kini membenarkan jenama telefon pintar lain menggunakannya (berserta senarai telefon pintar yang boleh menggunakan Google Stadia). Razer kini secara rasminya mengumumkan bahawa telefon pintar Razer dan controller mudah alih mereka kini boleh digunakan bersama Google Stadia.

Sama ada anda memiliki Razer Phone, Razer Phone 2, Razer Kishi, Junglecat atau Raiju Mobile, anda kini boleh menggabungkan kemantapannya bersama Google Stadia. Apa pun, kami masih tiada maklumat rasmi tentang keberadaan Stadia di Malaysia yang dilancarkan pada tahun lepas.

Adakah Stadia bakal mendarat di Malaysia jika rangkaian 5G telah rasmi? Kongsikan pandangan anda di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita gaming terkini.

Exit mobile version