Melalui sidang media yang telah berlangsung hari ini, kerajaan telah mengumumkan garis peraturan baharu yang mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam yang sesak bermula 1 Ogos 2020.
Menambah kepada kewajipan pemakaian pelitup muka ini, pelitup muka buatan sendiri adalah dibenarkan, tetapi perlu mengikut spesifikasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Perlu diingatkan bahawa mana-mana individu yang gagal memakai pelitup muka di tempat awam yang sesak dan dalam pengangkutan awam boleh didenda bermula 1 Ogos ini.
Kami sarankan agar anda mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu ini untuk membendung penularan COVID-19. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

