Site icon TechNave BM

Ratusan lagu K-Pop dibuang dari Spotify kerana lesen yang tidak diperbaharui

[Kemas kini, 4:20pm] Lagu-lagu Korea yang terjejas akibat isu ini boleh didengari kembali dalam Spotify.

[Berita asal, 3:00pm] Jika anda tidak boleh menikmati lagu Korea kegemaran anda dalam Spotify pada hari ini, anda bukan keseorangan. Pada waktu artikel ditulis, kebanyakan lagi K-Pop dalam perkhidmatan audio itu telah dibuang tanpa sebarang amaran kerana masalah persetujuan lesen dengan rakan kongsi Spotify, Kakao M.

Menurut Spotify, lesen untuk memainkan lagu Korea masih tidak diperbaharui dengan Kakao M, membuatkan lagu-lagu itu tidak boleh dimainkan dalam Spotify. Mereka juga menjelaskan bahawa mereka cuba untuk mencapai satu persetujuan dengan Kakao M sejak setahun setengah lalu namun mereka tidak dapat mencari kata sepakat.

Antara lagu K-Pop yang dipengaruhi oleh isu ini adalah daripada artis Hyolyn, Taeyeon, Se7en, Seventeen, Mamamoo (gambar di atas) dan banyak lagi. Pembuangan lagu ini telah menjejaskan Spotify, dengan jumlah lagu yang dimainkan turun sebanyak 1 bilion.

Buat masa ini lagu daripada artis K-Pop di bawah label SM, YG, JYP dan BigHit Entertainment masih berada dalam Spotify. Perkhidmatan pelayaran muzik itu berharap kedua-dua pihak boleh mencapai kata sepakat dalam masa terdekat.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: NME

Exit mobile version