Site icon TechNave BM

Razer anjurkan kejohanan PUBG Mobile, DOTA 2, Mobile Legends untuk rantau Asia Tenggara

Razer hari ini mengumumkan Razer Southeast Asian Invitational 2020 (SEA-I 2020), sebuah temasya e-sukan yang akan menandingkan pasukan-pasukan terhebat dalam rantau Asia Tenggara, melibatkan tiga game terkenal: PlayerUnknown’s Battlegrounds Mobile (PUBG Mobile), Defense of the Ancients 2 (DOTA 2) dan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB).

Berikutan penganjuran e-sukan dalam Sukan SEA di Filipina pada tahun lepas, Razer merancang untuk mengadakan kejohanan ini buat julung kalinya bermula 22 Jun sehingga 5 Julai. Penyokong pasukan-pasukan yang bertanding boleh menonton di siaran langsung rasmi Team Razer dalam YouTube, Facebook dan Twitch yang akan diumumkan kelak.

Sebanyak sepuluh negara akan menghantar wakil ke dalam kejohanan ini iaitu Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Bagi menjamin kualiti persaingan yang tinggi, hanya pasukan yang terpilih akan dijemput untuk bertanding.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi kejohanan ini. Beritahu kami di Facebook game yang manakah anda akan tonton dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version