Site icon TechNave BM

Razer, Bigo dan Zouk anjurkan sesi kelab malam dalam talian secara “live stream”

Memandangkan pelbagai negara sudah pun mengarahkan rakyatnya untuk kekal di dalam rumah dan menghentikan sebarang aktiviti sosial, tiga syarikat telah berganding bahu untuk menganjurkan sesi clubbing secara live stream yang pertama di Asia Tenggara.

Syarikat kelab malam, Zouk, akan menyiarkan sebuah persembahan DJ eksklusif untuk penonton saluran Razer dalam aplikasi Bigo Live. Semasa persembahan itu, penonton boleh berinteraksi dengan DJ melalui perbualan secara langsung (stream chat), selain menggunakan fungsi Bigo Live seperti menghantar hadiah maya berupa Razer Gold atau Razer Silver.

Menurut CEO Razer, Min-Liang Tan, kolaborasi tiga syarikat ini diharapkan akan memperkenalkan cloud clubbing ke rantau Asia Tenggara dan membawa pengalaman kelab Zouk ke dalam talian. Razer akan menganjurkan cloud clubbing pertama pada Jumaat, 27 Mac jam 8:00 malam di platform Bigo Live.

Untuk menyertainya, anda boleh memuat turun aplikasi Bigo Live dan ikuti saluran Razer (BIGO ID: Razer). Beritahu kami di Facebook jika ini adalah sesuatu yang anda minati dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version