Site icon TechNave BM

Razer Blade 15 dilancar: Dilengkapi Intel Core i9 gen ke-12 dan paparan OLED QHD berharga ~RM15,275

Gamers pasti mencari perkakasan yang sesuai dan selesa sepanjang gaming untuk membantu prestasi game dalam masa yang sama, Oleh itu, Razer akan melancarkan komputer riba gaming Razer Blade 15 yang menampilkan paparan OLED QHD 240Hz. 

Panel ini memberikan warna yang lebih terang dengan kelajuan bertaraf e-sukan. Ia membawa cipset Intel Core i9-12900H gen ke-12 dan kad grafik komputer riba NVIDIA RTX 3070 Ti. Game dan kandungan video lancar dengan masa tindak balas ultra pantas 1ms panel memberikan ketepatan warna atau kelajuan kepada pengguna.

Paparan OLED baharu mencapai kecerahan 400 nits biasa dan sehingga 100% warna DCI-P3 untuk gambar yang jelas sesuai untuk pelbagai fungsi termasuk penyuntingan foto dan video, menonton filem atau bermain game AAA. Ia mempunyai storan premium seperti RAM DDR5 32GB dan SSD 1TB dengan slot M.2 untuk ruang tambahan. 

Ia juga menampilkan casis aluminium CNC yang telah diuji, gril pembesar suara potongan laser dan sambungan serba boleh seperti ThunderboltTM 4, USB-C, USB-A, pembaca kad SD dan port HDMI. OLED Blade 15 baharu ini akan mempunyai harga yang kompetitif berbanding konfigurasi lain yang serupa pada Blade 15.

Ia akan disediakan dalam pasaran dalam penggal kedua tahun ini  berharga $3,499.99 (~RM15,275) dan setakat ini tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Ketahui lebih lanjut mengenai Razer Blade 15 di laman web rasmi mereka. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version