Site icon TechNave BM

Razer Book dan Razer Blade 15 Advanced dilancar: Miliki 11th Gen Intel® Core™ berharga ~RM8,369

Razer telah melancarkan Razer Book dan Razer Blade 15 Advanced pra-pemasangan Windows 11 pada 5 Oktober. Windows 11 akan dilepaskan ke komputer riba Razer dengan naik taraf secara percuma sehingga tahun 2022.

Razer Book terbaru: Prestasi memenuhi produktiviti

Ia dilengkapi dengan skrin 16:10 bezel nipis dan pilihan resolusi sentuhan 4K dengan penambahan storan dua kali ganda. Ciri-ciri baru Windows 11 seperti Widget dan pembaikan Microsoft Teams nampak lebih kreatif dan teratur untuk digunakan.

Reka bentuknya ultra-nipis yang diperbuat daripada aluminium, perlidungan skrin Corning, pemproses Intel® CoreTM generasi ke-11 dan grafik Intel® Iris® Xe Model terbaru Razer Book akan hadir dengan Windows 11 berharga $999.99 (~RM8,369).

Razer Blade 15 Advanced terbaru: Komputer riba gaming menggunakan Windows 11

Razer Blade 15 Advanced dilengkapi skrin resolusi QHD, penyegaran semula 240Hz, ruang warna 100% DCI-P3, NVIDIA® Advanced Optimus serta G-Sync. Ciri-ciri seperti Xbox GamePass, Xbox GameBar dan DirectStorage memudahkan gamer dimana sahaja pada bila-bila masa. Pemilik Razer Blade boleh menaik taraf ke Windows 11 bermula 5 Oktober.

Pengguna komputer riba Razer boleh mengemas kini secara automatik melalui Windows Update. Komen di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version