Site icon TechNave BM

Razer Edge dilancar: Peranti “gaming” mudah alih dengan sokongan 5G bermula ~RM1,880

Syarikat perkakasan gaming Razer telah melancarkan sebuah peranti mudah alih baharu iaitu Razer Edge. Peranti ini dikhaskan untuk bermain game di mana-mana sahaja kerana ia boleh dihubungkan dengan rangkaian 5G.

Daripada segi reka bentuk, Razer Edge adalah sebuah tablet yang dihubungkan kepada sepasang controller Razer Kishi. Ia bakal ditawarkan dalam dua varian utama iaitu varian yang menyokong Wi-Fi sahaja dan varian 5G.

Ia mempunyai skrin AMOLED berukuran 6.8 inci dengan resolusi 2400×1080 dan kadar segar semula 144Hz, cipset Qualcomm Snapdragon G3x Gen 1, RAM LPDDR5 8GB, storan dalaman 128GB dan sistem operasi Android 12.

Storannya boleh dibesarkan dengan kad microSD sehingga 2TB. Baterinya pula berkapasiti besar 5,000mAh bagi membenarkan sesi gaming mudah alih yang lama.

Razer mengatakan peranti baharu ini boleh memainkan ribuan game bertaraf AAA dan akan siap dipasang bersama perisian gaming seperti Epic Games Store, aplikasi permainan jarak jauh (remote play) dan perkhidmatan gaming awanan seperti NVIDIA GeForce Now dan Xbox Cloud Gaming.

Razer Edge akan dijual di Amerika Syarikat bermula bulan Januari 2023 dengan harga USD399.99 (~RM1,880) untuk varian Wi-Fi sahaja, manakala harga varian 5G masih belum diumumkan.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Razer Edge dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version