Site icon TechNave BM

Razer Kishi V2 dilancar di Malaysia, pengawal “game” mudah alih berharga RM489

Baru-baru ini, Razer telah melancarkan pengawal mudah alih Qishi V2 yang dikemas kini dengan menambah baik reka bentuk daripada versi sebelumnya. Pengawal ini sesuai untuk pemain mudah alih yang mahukan butang fizikal dan joysticks daripada bermain game pada skrin sentuh.

Pengawal game ini mempunyai kekunci suis mikro, pencetus analog serta program makro dan Razor mendakwa bahawa ia memberikan pengalaman seperti bermain game konsol. Reka bentuk sambungannya memastikan keserasian dengan pelbagai jenis telefon pintar dan memastikan pengawal tidak tercabut semasa sesi permainan.

Pengawal ini menggunakan sambungan USB-C dan ia juga mempunyai laluan yang membolehkan anda mengecas telefon semasa anda bermain game. Razer sedang mengusahakan aplikasi Razer Nexus yang akan membolehkan anda menyemak imbas game yang serasi dengan pengawal.

Razer Kishi V2 membolehkan anda merakam dan berkongsi permainan anda. Ia berguna jika anda berminat untuk menstrim game ke telefon daripada PC atau konsol anda. Jika anda berminat untuk memilikinya, anda boleh mendapatkannya di Shopee atau Lazada dengan harga RM489.

Untuk maklumat lanjut mengenai pengawal gaming mudah alih baharu Razer ini, anda boleh klik sini. Adakah anda berminat untuk memilikinya? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version