Site icon TechNave BM

Razer Kraken V3 diumum di Malaysia: Pemacu 40mm, Razer Chrome RGB berharga RM399

Terkini, Razer telah mengumumkan fon kepala berfokuskan gaming terbaru, Razer Kraken V3 di pasaran Malaysia. Fon kepala ini ditawarkan dengan spesifikasi yang baik dan menarik termasuklah pencahayaan Razer Chroma RGB yang sinonim dengan produk-produk Razer.

Razer Kraken V3 hadir dengan pemacu Razer TriForce 40mm dengan 7.1 Surround Sound yang mampu memberikan kualiti audio yang realistik. Ia juga dilengkapi mikrofon Razer HyperClear Cardioid Mic untuk komunikasi yang jelas semasa anda sedang bermain game.

Tambahan pula, ia direka dengan fabrik hibrid dan memori busa yang memastikan keselesaan pemakai. Anda boleh menyemak spesifikasi fon kepala berwayar ini dengan lebih lanjut di laman rasmi Razer.

Razer Kraken V3 dijual di Malaysia pada tanda harga RM399. Anda boleh mendapatkannya melalui Razer atau pengedar-pengedar yang sah. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version