Site icon TechNave BM

Razer lancar tetikus gaming paling ringan – hampir separuh daripada berat tetikus gaming lain

Jenama peranti gaming unggul, Razer, telah melancarkan Razer Viper Mini iaitu sebuah tetikus gaming yang dilengkapi teknologi canggih dalam tetikus Razer Viper tetapi datang dalam saiz yang lebih kecil. Dengan berat 61g, Viper Mini adalah tetikus Razer yang paling ringan dan hampir separuh daripada berat tetikusnya yang lain.

Selain dibina dengan rekaan ergonomik dan boleh digunakan pada tangan kiri atau kanan, Viper Mini juga dilengkapi Razer Optical Mouse Switches dan enam butang yang boleh diubahsuai. Ia hadir dengan sensor 8,500 DPI dan penjejak (tracking) IPS 300 untuk gerakan yang lebih responsif dan jitu dalam game.

Daripada segi luaran, Viper Mini juga dilengkapi penyalaan lampu Razer Chroma RGB Underglow. Tetikus ini adalah sesuai buat gamers yang menginginkan peranti yang lebih kecil tanpa mengorbankan prestasi gaming mereka.

Ia akan dijual pada harga US$39.99 (~RM167). Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk mendapatkan tetikus gaming ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version