Site icon TechNave BM

Razer lancarkan ‘earphone’ wayarles bertemakan Pikachu dan Poke Ball

Razer telah melancarkan produk earphone wayarles Hammerhead bertemakan Pokemon, di mana earphone tersebut diwarnakan kuning seperti Pikachu dan disimpan dalam sebuah bekas pengecasan yang menyerupai Poke Ball.

Selain itu, earphone tersebut mempunyai efek-efek bunyi Pikachu yang tentunya amat digemari oleh peminat Pokemon. Hammerhead edisi khas ini dilengkapi driver 13mm, radio Bluetooth 5.0 dan gred kalis air dan debu IPX4. Jika anda ingin menggunakannya untuk gaming, earphone ini mempunyai mod low latency bagi mengurangkan masa tindak balas (latency) kepada 60 milisaat.

Bekas pengecasnya berupa Poke Ball di mana butang hadapannya menyala untuk menunjukkan tahap bateri yang masih tertinggal. Earphone ini boleh bertahan selama tiga jam dan jika digabungkan dengan bateri dalam bekas pengecasan, masa keseluruhan ia boleh digunakan adalah selama 15 jam.

Setakat ini, ia hanya boleh didapati dalam pasaran China dengan harga RMB849 (~RM519). Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menggayakan earphone bertemakan Pokemon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Engadget

Exit mobile version