Site icon TechNave BM

Razer lancarkan kelengkapan “gaming” bertemakan Hello Kitty bermula ~RM255

Jenama kelengkapan gaming popular Razer telah berkejasama dengan jenama fesyen Hello Kitty and Friends untuk menawarkan produk gaming edisi khas yang dihiasi dengan watak-watak Hello Kitty serta warna merah jambu pada reka bentuknya. Rangkaian produk ini pastinya akan menarik perhatian gamers yang menyukai estetika comel dan ceria.

Rangkaian produk edisi khas ini terdiri daripada:

Razer Kraken BT – Hello Kitty and Friends Edition
Razer Lumbar Cushion – Hello Kitty and Friends Edition
Razer DeathAdder Essential + kain lapik tetikus (mousepad) Razer Goliathus Medium – Hello Kitty and Friends Edition

Layari laman web Razer untuk maklumat lanjut tentang produk edisi khas ini, namun setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda ingin memiliki mana-mana produk istimewa ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version