Site icon TechNave BM

Razer lancarkan siri Ornata V3 di Malaysia: Papan kekunci “gaming” nipis berharga RM195

Hari ini, Razer melancarkan papan kekunci permainan Ornata V3 generasi ketiga dan terdapat satu lagi varian iaitu Ornata V3 X. Ia dirasmikan sekali bersama Razer Chroma RGB. Ornata V3 berharga RM329 manakala Ornata V3 X membawa harga RM195.

Siri Orvata V3 generasi ketiga ini lebih nipis, hadir dengan kekunci yang tahan lama dan suis membran mecha (mecha-membrane). Menurut Razer, kekunci ini mempunyai salutan ultra-ungu (UV) yang kalis luntur dan calar. Bukan itu sahaja, terdapat juga kekunci media bercahaya belakang seperti main (play), jeda (pause), langkau (skip) dan kawalan audio.

Selain itu, papan kekunci permainan masih disertakan dengan dengan tempat rehat pergelangan tangan yang boleh dipasang secara magnetik untuk penggunaan yang selesa sewaktu bekerja dan bermain game. Razer juga telah menaik taraf zon pencahayaan Razer Chroma RGB sehingga 16.8 juta warna dan pelbagai kesan (effects) RGB untuk dipilih. Gamer boleh menyesuaikan RGB mengikut kesesuaian dan pilihan mereka dalam tetapan.

Ketahui lebih lanjut mengenai siri Ornata V3 ini di laman web rasmi Razer. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version