Razer baru sahaja mengumumkan bar bunyi PC berbilang pemacu (multi-driver soundbar) dan peranti subwoofer baharu iaitu Razer Leviathan V2. Ia merupakan pengganti kepada V1 dengan beberapa penambahbaikan dengan harga RM1,399.
Seperti yang dijangkakan, Razer Leviathan V2 padat dengan Audio Spatial THX dan Razer Chroma RGB. Terdapat dua pemacu jarak penuh dan subwoofer di bahagian bawah sebagai sistem bunyi semua-dalam-satu. Sistem bunyi THX menggunakan bunyi sekeliling 7.1 dan ia boleh berfungsi pada Windows 10 64 bit atau lebih tinggi.
Selain itu, bar bunyi menggunakan Bluetooth 5.2 di PC, telefon pintar atau tablet. Razer Leviathan V2 serasi dengan aplikasi mudah alih Razer dan Razer Synapse untuk anda mengekalkan kawalan tetapan audio dan pencahayaan RGB. Peranti juga direka untuk mengisi ruang di bawah monitor dengan baik tanpa mengambil terlalu banyak ruang.
Ketahui lebih lanjut mengenai Razer Leviathan V2 di laman web rasmi Razer. Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

