Dengan keperluan bekerja dari rumah yang semakin meningkat pada waktu ini, Razer Malaysia telah melancarkan sebuah kamera webcam Razer Kiyo Pro yang dilengkapi pelbagai fungsi untuk meningkatkan mutu panggilan video anda.
Kamera tersebut dilengkapi sensor CMOS berukuran 1/2.8 untuk menghasilkan rakaman yang jelas walaupun sewaktu pengguna berada dalam bilik yang gelap atau membelakangi cahaya (backlit). Ia boleh merakam video tanpa mampat (uncompressed) pada resolusi 1080p dengan kadar 60 bingkai sesaat (FPS).
Untuk kualiti yang lebih cantik pula pengguna boleh mengaktifkan video HDR 30FPS untuk dynamic range yang lebih tinggi dan warna yang lebih terang. Kamera ini juga boleh merakam dalam tiga sudut penglihatan iaitu 103°, 90° atau 80°.
Kamera ini dihubungkan melalui USB 3.0 dengan signal 5GB/s dan turut mempunyai mikrofon stereo 16-bit yang dihadapkan ke seluruh arah (omni-directional). Ia akan dijual di Malaysia dengan harga RM1,149.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk mendapatkan webcam Razer dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

