Site icon TechNave BM

Razer Naga X rasmi di Malaysia: Tetikus “gaming” MMO ergonomik, 16 butang berharga RM399

Terkini, Razer telah mengumumkan kehadiran rasmi tetikus gaming ringan, Razer Naga X. Kehadiran aksesori gaming baharu ini menambah bilangan ahli keluarga dalam siri Naga. Razer Naga X ini disifatkan sebagai tetikus teringan dari mereka setakat ini dengan berat hanya 85g.

Razer Naga X memiliki 16 butang di sisinya yang diprogramkan untuk memenuhi keperluan pemain semasa gaming. Sebagai tambahan, terdapat juga mod Razer HyperShift yang membenarkan kefungsian set kedua untuk butang tersebut di mana lebih banyak arahan dapat dilakukan. Ia juga telah dinaik taraf kepada Razer Optical Mouse Switches generasi ke-2.

Terdapat juga sensor optikal 5G tersendiri dari Razer, kabel Razer Speedflex dan 100% Mouse Feet untuk gerakan lancar tetikus di atas pelbagai permukaan. Tentunya, Razer Naga X juga dilengkapi Razer Chroma RGB.

Razer Naga X boleh didapati di pasaran Malaysia pada harga RM399 di kedai dalam talian Razer atau di mana-mana pengedar sah Razer. Adakah anda berminat dengan tetikus ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version