Site icon TechNave BM

Razer perkenal ‘casing’ penyejukan untuk Samsung Galaxy Note20

Walaupun Samsung Galaxy Note20 baru sahaja dilancarkan, syarikat perkakasan gaming Razer sudah pun mengeluarkan aksesori untuk telefon tersebut, iaitu casing pelindung yang dinamakan Razer Arctech Pro. Casing ini bukan sekadar melindungi dan menghiasi telefon itu, malah datang dengan ciri-ciri penyejukan.

Razer Arctech Pro dilengkapi Thermaphene Cooling Technology di mana casing itu dibuat dengan lapisan khas yang mengalirkan haba keluar daripada Galaxy Note20, membuatkannya lebih sejuk sewaktu sesi gaming intensif yang tentu akan memanaskan telefon tersebut. Permukaannya yang berlubang juga direka untuk memudahkan pengaliran haba.

Selain itu, casing tersebut juga direka untuk melindungi Note20 jika ia terjatuh dan salutan Anti-Bacterial Coating mengelakkan kehadiran bakteria pada badan telefon itu. Di bahagian sisi, ia mempunyai panel kukuh yang memudahkan pengguna untuk memegang Note20 dalam tempoh yang lama.

Ia akan mula dijual di pasaran Amerika Syarikat pada harga US$44.99 (~RM188) dan setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version