Site icon TechNave BM

Razer perkenalkan gula-gula getah yang boleh bantu ‘gamers’ kekalkan fokus

Jenama perkakasan gaming Razer telah bekerjasama dengan Wrigley’s 5 untuk menghasilkan Razer RESPAWN By 5, produk gula-gula getah yang dijual pada harga US$27.99 (~RM117) untuk 10 paket yang mengadungi 150 helai gula-gula getah.

Razer mengatakan gula-gula getah tersebut menggabungkan ekstrak teh hijau dan vitamin B bagi mengekalkan fokus dan waktu reaksi sewaktu sesi gaming. Manisan yang tidak mempunyai gula ini ditawarkan dalam tiga pilihan rasa iaitu Cool Mint, Pomegranate Watermelon dan Tropical Punch.

Ini bukanlah kali pertama Razer menghasilkan produk makanan. Sebelum ini, Razer menghasilkan minuman tenaga Razer Respawan yang ditujukan kepada gamers bagi mengekalkan fokus dalam waktu yang lama.

Apakah pendapat anda tentang gula-gula getah Razer ini? Kongsikannya di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Razer

Exit mobile version