Site icon TechNave BM

Razer Project Hazel sah dilancar Q4 2021 ini, dijual dalam talian dengan stok terhad

Pada acara E3 2021, Razer telah mengumumkan beberapa produk mereka yang terbaru termasuklah Razer Blade 14 dengan pemproses AMD Ryzen 9 dan juga monitor gaming Raptor 27 bersama pengecas 130W GaN.

Namun, buat itu sahaja, Razer CEO Min-Liang Tan membuat kejutan dengan mengumumkan bahawa penutup muka Project Hazel akan dijual kepada umum bermula awal suku keempat tahun ini (Q4).

Tan menyatakan bahawa Hazel akan dijual secara eksklusif di dalam talian dengan stok yang terhad. Beliau juga memberitahu beberapa perubahan pada penutup muka tersebut. Antaranya adalah reka bentuk yang transparent, lampu dalaman dan juga lapisan kalis wap di dalamnya.

Jika anda ingin ‘memakai’ penutup muka Project Hazel, anda boleh menggunakan AR filter yang telah dimuat naik oleh Razer di media sosial Instagram.

Adakah anda berminat dengan penutup muka Project Hazel ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : TheVerge

Exit mobile version