Site icon TechNave BM

Razer umumkan Cynosa V2 dengan lampu Chroma RGB boleh ubah suai berharga RM299

Berita ini ditujukan khas kepada para gamer yang gemar akan papan kekunci berkonsepkan lampu RGB. Terkini, Razer telah mengumumkan papan kekunci gaming Cynosa V2 dengan beberapa spesifikasi menarik.

Antara spesifikasi menarik Razer Cynosa V2 adalah lampu Chroma RGB yang terpancar pada setiap satu-satu kekunci. Ini bermakna anda boleh mengubah suai sendiri setiap kekunci dengan warna lampu yang anda mahu. Bukan itu sahaja, anda boleh mendapatkan efek pencahayaan khas bergantung kepada game tertentu.

Selain itu, terdapat juga butang khusus untuk kawalan multimedia. Untuk pengetahuan anda, butang khusus kawalan media ini adalah untuk kawalan seperti play, pause, skip dan kawal kelantangan bunyi PC anda. Cynosa V2 juga hadir dengan kekunci membrane yang tidak memberi gangguan bunyi ketika anda menekannya.

Razer Cynosa V2 tersedia di laman rasmi Razer dengan harga yang tidak terlalu tinggi, hanya RM299. Apa pun, mungkin ada juga gamer yang tidak gemar dengan jenis papan kekunci ini. Apakah jenis kekunci gaming kegemaran anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version