Site icon TechNave BM

realme 10 akan dilancar pada 9 November 2022

realme bakal melancarkan telefon terbaru dalam siri realme Number Series, realme 10, untuk pasaran antarabangsa pada hari Rabu, 9 November 2022 jam 2:00 petang waktu Malaysia. Perkara ini disahkan oleh naib presiden realme Madhav Sheth serta daripada akaun Twitter realme Global baru-baru ini.

Telefon ini bakal dilengkapi sebuah kamera utama 50MP bernama 50MP Color AI Camera dan realme turut berkongsi sebuah gambar yang diambil daripada kamera tersebut.

Contoh gambar daripada kamera realme 10

Setakat ini, spesifikasi lain yang telah disahkan oleh Madhav dan realme adalah kamera swafoto 16MP, bateri 5,000mAh, pengecasan pantas 33W, cipset MediaTek Helio G99, RAM 8GB, skrin Super AMOLED 90Hz dan pengimbas cap jari di bahagian sisi.

Rekaan telefon itu juga telah dipertontonkan dan ditawarkan dalam warna putih Clash White dan hitam Rush Black.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version