Site icon TechNave BM

realme 10 akan dilancar secara rasmi untuk pasaran Malaysia

realme Malaysia telah mengesahkan bahawa siri telefon pintar realme 10 akan dilancar secara rasmi untuk pasaran tempatan dalam masa terdekat. Dalam sebuah kiriman di Facebook, syarikat itu memuat naik poster acahan (teaser) yang mengesahkan kehadiran realme 10 di Malaysia.

Sungguh pun demikian, poster tersebut tidak menunjukkan rekaan realme 10 langsung, sebaliknya hanya menunjukkan gambar robot “Terminator”.

Sebelum ini, realme Malaysia telah melancarkan realme 10 Pro 5G dan realme 10 Pro+ 5G, namun realme 10 masih lagi belum dilancarkan. Memandangkan telefon baharu ini tidak mempunyai perkataan “Pro” dalam namanya, ia mungkin mempunyai spesifikasi yang lebih rendah dan dijual pada harga yang lebih mampu milik.

realme 10 telah pun dilancarkan di beberapa negara, di mana ia menawarkan skrin Super AMOLED 90Hz, bateri 5,000mAh dan cipset MediaTek Helio G99.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version