Site icon TechNave BM

realme 10 dapat pengiktirafan AS, tunjukkan rekaan asas

realme sering melancarkan telefon terbaru dalam realme Number Series apabila tahun baru bermula, seperti siri realme 9 yang diperkenalkan sejak awal tahun ini. Memandangkan tahun 2022 semakin berakhir, kita boleh jangkakan banyak berita tentang telefon seterusnya, realme 10, dalam masa terdekat.

Kini maklumat daripada Federal Communications Commission (FCC) Amerika Syarikat (AS) telah mengiktiraf telefon realme 10 serta rekaannya. realme 10 mendapat pengiktirafan itu dengan nombor model RMX3630 dan ia bakal mempunyai dua kamera di bahagian belakang.

Selain itu, butang kawalan audio pula akan berada di bahagian kanan telefon. Memandangkan telefon ini tidak mempunyai lengkuk di bahagian sisi, kita boleh andaikan bahawa telefon ini mungkin tidak mempunyai pengimbas cap jari di sisi dan akan meletakkanya di dalam skrin.

FCC juga menjelaskan bahawa ia bakal mempunyai palam pengecas VCB3HDUH dengan kadar pengecasan pantas 33W, dan akan mempunyai sistem antara muka realme UI 3.0. Sebelum ini, realme 10 telah mendapat pengiktirafan Thailand di mana ia bakal dilengkapi bateri 5,000mAh.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme 10 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version