Site icon TechNave BM

realme 10 dilancar di Malaysia: MediaTek Helio G99 dan skrin AMOLED 90Hz berharga RM999

Hari ini, realme melancarkan realme 10 dengan prestasi kuasa yang dipertingkatkan sehingga 40% berbanding realme 9. Prestasi CPU peranti meningkat sebanyak 25%, GPU sebanyak 78% dan penggunaan kuasa keseluruhan dikurangkan sebanyak 20% disebabkan teknologi cipset MediaTek Helio G99 6nm.

Ia menawarkan RAM DINAMIK sehingga 8GB + 8GB dan ROM 256GB membolehkan sehingga 18 aplikasi dalam keadaan siap sedia untuk penggunaan yang lancar dan ruang storan yang besar untuk lebih 64,000 foto. Pengguna juga boleh mengembangkan storan sehingga 1TB.

Selain itu, telefon pintar ini diperakui dengan penarafan kefasihan TÜV SÜD 36 Bulan A yang merupakan penarafan kefasihan tertinggi dalam standard ini. Daripada segi paparan, ia menggunakan panel AMOLED 90Hz yang dilindungi oleh Corning Gorilla Glass 5 dan kecerahan puncak 100 nits.

Selain itu, realme 10 menawarkan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W di mana ia boleh meningkatkan kuasa bateri daripada 0% hingga 50% bateri dalam masa 28 minit. Ini merupakan peranti paling nipis untuk pasaran global oleh realme, senipis 7.95mm dan seberat 178g.

Reka bentuknya diinspirasikan oleh penghancuran zarah yang bergerak pada kelajuan cahaya. Selain itu, produk ini memanfaatkan 6 lapisan salutan untuk mencapai kemasan kilauan dan tekstur 3D. Produk ini menawarkan pilihan warna Clash White dan Rush Black.

realme 10 hadir dengan kamera utama 50MP + kamera B&W 2MP dan kamera swafoto 16MP. Ia menyediakan Mod Malam dengan teknologi ProLight yang mengurangkan hingar dan kelajuan pengatup sehingga 121%. Bagi mereka yang berminat untuk menangkap gambar, ciri Street Photography Mode 2.0 mungkin menjadi pilihan anda.

Dalam pada itu, peranti ini dilengkapi dengan bicu fon 3.5mm, pembesar suara UltraBoom 200% yang disokong oleh Hi-Res pada 200%. realme 10 menyokong game PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) pada 40fps. Ia juga menawarkan pengguna masa gaming sehingga 9.41 jam.

Di bawah merupakan spesifikasi ringkas realme 10:

Dengan harga RM999, anda boleh membuat pra-tempah mulai 14 – 16 Februari 2023 dengan jaminan skrin retak satu tahun dan realme Band 2 secara percuma. Jualan pertama akan diadakan pada 17 – 19 Februari dengan tawaran jaminan skrin retak satu tahun di semua kedai realme yang sah dan pengedar sah realme.

Anda juga boleh mula membeli di Lazada, Shopee dan laman web rasmi realme dengan tawaran jaminan skrin retak satu tahun dan realme Band 2 secara percuma mulai 15 – 16 Februari 2023. Semasa acara pelancaran, realme malaysia turut mengumumkan kehadiran realme GT3 dengan pengecasan pantas 240W tidak lama lagi.

Tahun ini, realme memutuskan untuk Walk into University dengan tiga pelan utama. Iini termasuk Biasiswa SEGi realme yang akan menaja sejumlah RM 150,000.00, pengambilan bakat pasukan realme dan tawaran istimewa pelajar universiti. 

Untuk maklumat lanjut tentang realme 10 di Malaysia, anda boleh layari halaman Facebook rasmi realme Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version