Site icon TechNave BM

realme 10 Pro 5G edisi Coca-Cola akan dilancar pada 10 Februari ini

Kini, realme telah mengesahkan realme 10 Pro 5G edisi Coca-Cola dan mengumumkan bahawa peranti  itu akan dilancarkan di India pada 10 Februari 2023, 12.30 tengah hari iaitu 3 petang di Malaysia.

Menurut laman web rasmi India, telefon pintar edisi khas itu digelar “kerjasama paling menggembirakan industri ” dengan slogan Coca-Cola “Cheers for real”. Seperti yang anda lihat pada laman web rasmi India realme, syarikat itu telah mengemaskini halamannya bersempena perasmian siri realme 10 edisi ini namun, tiada sebarang butiran lanjut.

Terdapat juga imej menarik yang kelihatan seperti patung kucing humanoid dengan logo Coca-Cola pada badannya yang mungkin disertakan dengan telefon pintar edisi khas. Di belakang patung kucing itu menunjukkan kotak pembungkusan untuk 10 Pro 5G Coca-Cola Edition.

Ia dipercayai mempunyai spesifikasi yang sama seperti 10 Pro 5G tetapi dengan reka bentuk bertemakan Coca-Cola pada perkakasan dan perisiannya. Lihat liputan kami tentang 10 Pro 5G untuk mengetahui lebih lanjut tentang peranti itu.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version