Site icon TechNave BM

realme 10 Pro Coca-Cola Edition dilancar, edisi terhad berharga ~RM1,104

Selepas khabar angin tertiris beberapa minggu lalu, realme 10 Pro Coca-Cola Edition kini telah dilancarkan secara rasmi. Terdapat banyak kerjasama antara jenama telefon pintar sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Tetapi ini kali pertama Coca-Cola bekerjasama dengan jenama telefon pintar.

realme 10 Pro Coca-Cola Edition ialah telefon segmen pertengahan yang diubah suai mengikut tema jenama minuman terkenal itu. Bagi spesifikasi, realme 10 Pro Coca-Cola Edition dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 695 5G, paparan LCD 6.7 inci dengan kadar segar semula 120Hz, RAM 8GB dan storan dalaman 128GB.

Ia boleh boleh dikembangkan sehingga 1TB dengan kad mikroSD. Baterinya berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan berwayar 33W. Sistem kamera belakang menggunakan kamera utama 108MP yang dipasangkan dengan sensor kedalaman 2MP. Bahagian hadapannya pula terdapat kamera swafoto 16MP.

Set kotak deluxe termasuk telefon bertemakan Coca-Cola, pin dalam bentuk penutup botol, pelekat, kad dengan nombor unik dari 0001 hingga 1000 dan patung realmeow maskot Realme. realme 10 Pro Edisi Coca-Cola berharga ₹20,999 (~RM1,104). Ia mungkin tidak dipasarkan secara rasmi di Malaysia memandangkan stok yang sangat terhad.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme 10 Pro Coca-Cola Edition dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version