Site icon TechNave BM

realme 10T 5G bakal dilancar, tampilkan cipset Dimensity 810, skrin 90Hz dan storan 256GB

Siri realme 10 merangkumi enam telefon pintar iaitu realme 10, realme 10 5G, realme 10s, realme 10 Pro, realme 10 Pro Coca-Cola Edition dan realme 10 Pro+. Satu lagi model akan menurut serta barisan ini pada 21 Mac seperti yang didedahkan oleh syarikat itu yang digelar realme 10T 5G.

Pendedahan ini didapati daripada cawangan realme di Thailand yang menyiarkan imej promosi pada halaman Facebook mereka. Nampaknya, realme 10T 5G akan dikuasakan oleh cipset Dimensity 810 dan mempunyai storan sehingga 256GB.

Selain itu, ia akan menggunakan paparan 90Hz dan kami menjangkakan ia membawa panel LCD kerana pengimbas cap jari yang dipasang di bahagian sisi. Ia juga memaparkan tri- kamera di bahagian belakang dengan kamera utama 50MP.

Jika dilihat balik, realme 10T 5G kelihatan seperti versi realme 9i 5G yang dilancarkan pada tahun lepas. Kami pasti akan ada berita lanjut mengenai peranti ini menjelang pelancarannya.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber:  realme Thailand (Facebook)

Exit mobile version