Site icon TechNave BM

realme 11 5G akan dilancar di Malaysia pada 30 Ogos 2023

realme Malaysia mengesahkan bahawa telefon terbaru dalam siri Number Series, realme 11 5G, akan dilancar untuk pasaran tempatan pada 30 Ogos 2023. Pelancaran ini juga diadakan serentak dengan 5th Anniversary Leap Up Product untuk menyambut ulang tahun realme yang kelima.

realme turut mengesahkan spesifikasi untuk telefon tersebut, di mana ia dilengkapi kamera utama 108MP dan pengecasan pantas 67W SUPERVOOC yang boleh mengecas baterinya sebanyak 50 peratus dalam masa 17 minit sahaja. Rekaan belakangnya pula mempunyai permukaan berkilauan Glory Halo Design, dengan bonggol kamera berbentuk bulat.

Kameranya mempunyai sensor Samsung ISOCELL 108MP 1/1.67 inci yang menyokong fungsi zum 3x dalam sensor (in-sensor zoom) untuk kualiti gambar yang jelas walaupun dalam mod zum. Ini adalah teknologi kamera sama yang terdapat pada realme 11 Pro yang dilancar pada Julai lalu.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version