Site icon TechNave BM

realme 11 5G dilancar di Malaysia: Kamera 108MP, cas pantas 67W, skrin 120Hz bermula RM1,199

Pada hari ini, realme Malaysia melancarkan sebuah lagi telefon dalam siri realme Number Series iaitu realme 11 5G. Ini adalah model terbaru yang menggunakan nombor tersebut selepas siri realme 11 Pro 5G dilancar pada Julai lalu.

Satu ciri menarik pada telefon ini adalah ia mempunyai kamera utama 108MP yang menjanjikan kualiti gambar lebih jelas untuk sebuah telefon kelas pertengahan. Kamera ini menggunakan sensor 1/1.67 inci yang menyokong sensor zum 3x dalaman (in-sensor zoom) untuk kualiti gambar yang kekal jelas walaupun dalam mod zum. Perlu diingati bahawa telefon ini tidak mempunyai kamera ultra-lebar.

Selain itu, ia turut mempunyai pengecasan pantas 67W SUPERVOOC yang boleh mengecas baterinya daripada 1% kepada 50% dalam masa 17 minit sahaja. Pengecasan ini dilindungi dengan 38 langkah-langkah keselamatan untuk menjamin pengecasan yang selamat.

realme 11 5G juga merupakan telefon pertama di dunia yang menawarkan fungsi Hotspot Pintar Kuasa Rendah 5G yang membolehkan pengguna untuk berkongsi rangkaian 5G dengan penggunaan kuasa yang lebih rendah sehingga 32% berbanding perkongsian dengan rangkaian 2.4GHz.

Rekaannya menampilkan permukaan yang bersinar dan mempunyai bonggol kamera berbentuk bulat yang serupa dengan cincin pada jam tangan. Skrinnya pula berukuran 6.72 inci dengan resolusi FullHD+ dan menyokong kadar segar semula 120Hz untuk penggunaan yang lancar.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk realme 11 5G:

realme 11 5G akan dijual di Malaysia pada harga RM1,199. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version