Site icon TechNave BM

realme 11x 5G akan dilancar di Malaysia pada 15 September 2023

realme akan meluaskan barisan realme 11 dengan memperkenalkan realme 11x 5G yang akan dilancarkan di Malaysia pada Jumaat, 15 September 2023. Telefon pintar baharu ini akan disediakan dalam dua varian warna: Purple Dawn dan Midnight Black.

Menurut aspirasi ‘No Leap No Launch’ realme, realme 11x 5G menawarkan kadar penyegaran 120Hz terbaik dalam segmennya pada paparan FHD+ 6.72 inci memberikan pengguna pengalaman yang lancar.

Di bahagian belakang, realme 11x 5G Purple Dawn menampilkan reka bentuk S-curve Gradient yang dihasilkan dengan teliti melalui proses Nano-grade Lithography dan proses Ultra-thick Gradient Plating, meninggalkan kesan Cahaya berbentuk S yang unik. Sementara itu, Midnight Black sesuai bagi pengguna yang mencari reka bentuk yang minima namun premium.

Ia menampilkan kamera utama 64MP, 2x In-sensor Zoom dan mod penyuntingan fotografi jalanan yang khas untuk pengalaman fotografi mudah alih yang lebih tinggi. Dengan Supercharge 33W, ia mengambil masa 29 minit untuk mengecas bateri 5,000mAh realme 11x 5G daripada 0% kepada 50%, dengan perlindungan 38 lapisan binaan bagi memastikan pengalaman cas yang selamat.

Selain itu, pengguna boleh memperluaskan RAM realme 11x 5G hingga 16GB dengan teknologi Dynamic RAM Expansion dan mempunyai ROM hingga 128GB dengan memori luaran sehingga 2TB.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version