Site icon TechNave BM

realme 11x 5G kini boleh didapati di kedai jenama realme

realme memperkenalkan saluran jualan baru untuk realme 11x 5G pada harga RM999 di mana ia kini boleh didapati melalui realme Brand Stores dan peniaga yang diluluskan. Ini adalah untuk meluaskan pembelian selain daripada ketersediaan terdahulu di Unifi dan U Mobile melalui pelan U Postpaid 68, U Postpaid 98 serta Unifi Home and Internet Plan.

Dilengkapi dengan cipset MediaTek Dimensity 6100+ 5G, realme 11x 5G menyertakan teknologi Smart 5G, Super Network Searching dan teknologi Hotspot Pintar 5G Low Power pertama di dunia. Reka bentuk telefon pintar ini menonjolkan reka bentuk S-melekuk yang menarik perhatian, dicapai melalui salutan kecerunan lapan lapisan dan kelihatan seperti pasir berkilauan.

Peranti ini dilengkapi dengan skrin 6.72 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan SUPERVOOC 33W. Selain itu, realme 11x 5G menampilkan kamera utama AI 64MP dengan 2x In-sensor Zoom untuk rakaman foto dan video yang menakjubkan.

Pengguna boleh meningkatkan pengalaman pelbagai tugas dan gaming dengan memperluaskan RAM telefon pintar ini hingga 16GB menggunakan teknologi Dynamic RAM Expansion. Dengan penyimpanan storan sehingga 128GB serta pengembangan oenyimpanan sehingga 2TB, memberikan ruang yang mencukupi untuk data dan kandungan pengguna.

Adakah anda berminat untuk memiliki realme 11x RG? Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Exit mobile version