Site icon TechNave BM

realme 12 5G akan dilancar pada 6 Mac 2024, tampilkan Butang Dinamik

realme 12 5G bersedia untuk membuat kemunculannya di India pada 6 Mac 2024 dengan jenama itu mengesahkan lebih awal bahawa ia akan mempunyai kamera 108MP yang mengagumkan. Dalam khabar angin terbaru, syarikat itu mendedahkan bahawa realme 12 5G akan dilengkapi dengan Butang Dinamik, menambah dimensi baharu pada fungsinya.

Berdasarkan imej promosi, Butang Dinamik pada realme 12 5G ini akan berfungsi sebagai butang kuasa telefon, menawarkan kemudahan kepada pengguna untuk melaksanakan tujuh tindakan berbeza dengan pantas. Tindakan ini termasuk mengakses aplikasi kamera dan mengaktifkan mod lampu suluh.

Buat sementara ini, jenama itu tidak mendedahkan butiran yang banyak mengenai peranti akan datang. Dalam pada itu, kami juga menjangkakan kehadirannya ke pasaran Malaysia kerana peranti itu telahpun mendapat pensijilan SIRIM dengan nombor model RMX3999.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version