Site icon TechNave BM

realme 12 5G dilancar di Malaysia: Kamera 108MP, skrin 6.72″, cas pantas 45W bermula RM1,099

Pada hari ini, realme Malaysia melancarkan telefon kelas pertengahan terbaru dalam siri realme Number Series iaitu realme 12 5G. Ia merupakan model terbaru dalam siri tersebut selepas realme 12 Pro+ 5G dilancar pada bulan lepas.

Ciri menarik yang terdapat pada realme 12 5G termasuklah kamera utama 108MP yang menawarkan zum tanpa hilang (lossless zoom) sebanyak 3x dan zum digital sehingga 20x. Ia juga menawarkan Mod Potret Kumpulan, di mana ia boleh mengambil gambar mod potret untuk sebuah kumpulan sehingga 10 individu, serta tiga penapis (filter) unik iaitu Journey, Memory dan Maverick untuk efek gambar yang sinematik.

Selain itu, ia mempunyai butang khas di bahagian sisi, digelar Dynamic Button, yang menyediakan akses pantas kepada sebarang fungsi atau aplikasi kegemaran anda. Ia boleh ditetapkan untuk fungsi berlainan, bergantung sama ada mengetuk (tap) dua kali atau tekan (press) dua kali.

Rekaan realme 12 5G
Dynamic Button yang berada di bahagian sisi

Antar fungsi yang boleh diakses dengan Dynamic Button termasuklah e-dompet, mod bunyi, kamera, lampu suluh, mod penerbangan dan pintasan aplikasi pihak ketiga seperti TikTok, Instagram, Touch ‘n Go eWallet dan banyak lagi.

Satu lagi ciri menarik adalah baterinya yang berkapasiti besar 5,000mAh dan menyokong kadar pengecasan pantas SUPERVOOC 45W yang boleh mengecas 0-50% dalam masa 30 minit. Memori RAM pula boleh dibesarkan secara maya sebanyak 8GB, menjadikan RAM keseluruhan boleh meningkat sehingga 16GB.

Pengecasan pantas 45W dalam realme 12 5G
Spesifikasi skrin realme 12 5G

Di hadapan, ia mempunyai skrin berukuran 6.72 inci yang menawarkan fungsi Rainwater Smart Touch, bermaksud anda masih boleh gunakan skrin dengan tepat walaupun ia dibasahi dengan titisan air hujan. Di sekeliling kamera swafoto pula, ia mempunyai fungsi Mini Capsule 2.0 yang memaparkan akses lancar kepada muzik, cuaca dan acara.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk realme 12 5G:

Anda boleh beli realme 12 5G di Lazada, Shopee atau TikTok Shop. Jika anda membelinya sebelum 30 April, anda akan menerima hadiah percuma iaitu fon telinga wayarles Techlife (bernilai RM399).

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version