Site icon TechNave BM

realme 12 Pro+ mungkin hadir dengan kamera periskop

realme India baru-baru ini memberi sedikit pendedahan mengenai realme 12 Pro yang akan datang di media sosial, menekankan kepentingan lensa periskop berbanding modul 200MP. Catatan tersebut menyerlahkan kelebihan memiliki lensa periskop sebenar seperti peningkatan kejelasan imej pada tahap zum tinggi dan pemisahan yang lebih baik antara subjek dan latar belakang dalam gambar potret.

Walaupun dijangkakan realme 12 Pro akan menampilkan lensa periskop, terdapat spekulasi mengenai realme 12 Pro+ juga mengguna pakai teknologi ini. Walaupun model kali ini berfokuskan lensa periskop, realme tidak menolak kemungkinan kamera 200MP terutamanya setelah ia mendapat perhatian ramai pada realme 11 Pro+ walaupun tanpa sebarang kemampuan zum optik.

Namun begitu, realme mencadangkan ketiadaan lensa periskop boleh mengecualikan telefon daripada dianggap sebagai peranti andalan kerana pengguna menganggap bahawa kemampuan zum optik dan teknologi periskop sebagai ciri-ciri penting untuk telefon pintar andalan.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: realme India

Exit mobile version