realme Malaysia mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan realme 13 Series 5G pada 17 Oktober 2024. Siri tersebut terdiri daripada dua varian utama iaitu realme 13+ 5G dan realme 13 5G.
realme 13+ 5G dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 7300 Energy yang mempunyai empat teras Cortex-A78 2.5GHz dan dibina dengan nod proses 4nm. Dalam penanda aras Geekbench, ia mempunyai markah 750,000 iaitu agak bagus untuk sebuah telefon kelas pertengahan. realme 13 5G pula mempunyai cipset MediaTek Dimensity 6300.
realme 13+ 5G mampu memainkan lima game popular dalam kadar bingkai 90fps bagi menghasilkan pengalaman gaming yang lebih lancar. Lima game ini adalah Call of Duty: Mobile, Free Fire, Honor of Kings (HOK), Mobile Legends: Bang Bang and PlayerUnknown’s Battleground (PUBG). Khas untuk HOK sahaja, ia boleh dinaikkan sehingga 120fps.
Daripada segi penyejukan realme 13+ 5G mempunyai kamar wap (vapour chamber) seluas 6050mm² manakala realme 13 5G pula seluas 2249mm², iaitu kamar wap yang agak luas untuk sebuah telefon kelas pertengahan. Ia boleh menurunkan suhu telefon sehingga 19°C sewaktu sesi gaming sengit.
Siri ini juga menawarkan pengecasan yang agak pantas, iaitu 80W untuk realme 13+ 5G dan 45W untuk realme 13 5G.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

